2014年3月14日星期五

Nota Sejarah Tingkatan 1 : Bab 1 Sejarah dan Kita

Bab 1 Sejarah dan Kita

1.1  Pengertian Sejarah
Istilah Sejarah dikatakan berasal daripada Perkataan Arab:
Syajaratun
1. Pokok atau Pohon
2. Salasilah
3. Riwayat
4. Ketuturan
5. Asal Usul

1. Nyatakan maksud Sejarah mengikut tokoh-tokoh berikut :
Ibn Khaldun : Sejarah membiacarakan tentang masyarakat manusia atau peradabab manusia tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
Herodotus : Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukanya.
Muhamad Yusof Ibrahim : Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

2. Antara penulis sejarah awal neagara termasuk :
Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu)
Raja Ali Haji (Tuhfat al-Nafis)
Abdul Hadi Hassan (Sejarah Alam Melayu)

1.2  Ciri-ciri Sejarah
1.Ciri-ciri Sejarah adalah :
Fakta yang tepat dan benar
Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya dipanggil faktor sejarah.
Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah.
Fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kasihannya.
Penting dan Bermakna
Peristiwa sejarah amat penting kerana memberikan kesan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Sebab dan Akibat
Sejarah merupakan dislipin ilmu yang mencari kebenaran peristiwa masa lalu.
Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa dan membuktikan kesahihan fakta, persoalan seperti apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana perlu dijawab.

Fahami istilah-istilah berikut :
Kurun atau Abad : Jangka waktu seratus tahun.
Zaman : Jangka masa tertentu (tidak had masa) yang mempunyai keistimewaan atau pertaliaan masa seperti zaman purba dan zaman batu.
Masihi : Tahun atau kurun yang dihitung sesudah kelahiran Nabi Isa.
Hijrah : Tahun Islam yang bermula dari tarikh Nabi Muhamad SAW berpindah dari Makkah ke Madinah.
Kronologi : Berurutan megikut masa kejadian.
Dekad : Jangka masa sepuluh tahun dasawarsa.

1.3 Sumber Sejarah
Sumber Pertama (Primer)
Sumber belum diolah dan dicetak.
Bersifat asli dan belum ditafsir.
Sebagai contoh, fail rasmi jambatan, surat peribadi, batu bersurat, manuskrip yang belum dicetak dan diari.
Sumber Kedua (Sekunder)
Bahan yang telah diolah, dicetak dan desebarkan kepada umum.
Misalnya buku, akhbar, jurnal, ensiklopedia, risalah dan laporan tahunan jambatan.

1.4 Kaedah Pengkajiaan Sejaeah
Kaedah Lisan
Maklumat yang diperoleh terus daripada responden melalui upacara, penceritaan pengisahan dan perbualan.
Kaedah Bertulis
Maklumat yang diperoleh daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, ganding, logam dan kertas.
Kaedah Arkeologi
Maklumat yang diperoleh daripada bahan tinggalan yang ditemui melalui proses gali cari.

Fahami istilah-istilah berikut :
Fosil : Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujib pada zaman lampau.
Artifak : Barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak, pisau dan pinggan mangkuk.
Manuskrip : Naskhah tulisan tangan atau bahan yang disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan.

1.5 Pentafsiran Sejarah
Menjadikan peristiwa bermakna atau sebaliknya.
Penyedikan membolehkan tafsiran sejarah betul dan tepat.
Tafsiran sejarah berbeza antara sejarawan disebabkan kekurangan fakta dan memahami budaya.

1.6 Kepentingan Sejarah
Tujuan Mempelajari Sejarah
Memperoleh pengetahuan.
Melahirkan perasaan jati diri.
Mengenali tokoh-tokoh sejarah.
Merangka wawasan masa depan.
Membentuk keperibadian bangsa.
Meghargai jasa pemimpin negara.
Faedah Mempelajari Sejarah
Menjadi panduan dan iktibar.
Membetulkan kesilapan yang lalu.
Perangsang untuk mencapai kemajuan negara.
Melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

没有评论:

发表评论