2014年3月14日星期五

Nota Sejarah Tingkatan 1 : Bab 2 Zaman Prasejarah di Malaysia

Bab 2 Zaman Prasejarah di Malaysia

Zaman Prasejarah dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu:
Zaman Peleolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Logam

Di Malaysia, Zaman Prasejarah dibahagikan kepada tiga iaitu:
Zaman Peleolitik
Zaman Neolitik
Zaman Logam

Hoabinh ialah salah satu nama tempat di Vitnam. Di situ sini telah ditemui alat-alat dan perkasas- perkasas yang telah digunakan oleh Manusia Meosolitik.

2.1 Zaman Paleolitik
1. Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200000 hingga 300000 tahun dahulu.
2. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak.
3. Ciri-ciri Penapatan Zaman Paleolitik :
Hidup berpindah-randah
Tinggal di kawasan terbuka (di luar gua), dalam guadan di sekitar tasik
4. Kegiatan dan Peralatan Zaman Paleolitik :
Memburu binatang liar
Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun
Mengamalkan cara hidup sara diri
Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian
5. Kepercayaan Zaman Paleolitik :
Animisme
Mengamalkan upacara perkuburan 
6. Lokasi di Malaysia Zaman Paleolitik :
Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak
Gua Niah, Sarawak
Tingkayu, Sabah
7. Penemuan alat batu Zaman Paleolitik di Kota Tampan pada tahun 1987 yang telah disahkan melalui pentarikhan saintifik, tekah meletakkan Malaysia antara negara terawal melalui Zaman Prasejarah Dunia.
8. Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging.
9. Alat repihan yang digunakan untuk meraut dam memotong.
10. Manusia Perak ialah rangka manusia Zaman Paleolitik yang ditemui di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990.
11. Animisme ialah kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat orang mati.

2.2 Zaman Neolitik
1. Zaman Neolitik di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu.
2. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar.
4. Ciri-ciri Penapatan Zaman Neolitik :
Wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua and membuat pembahagian kerja
Tinggal di gua dan berhampiran sungai
5. Kegiatan dan Peralatan Zaman Paleolitik :
Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, periuk dan belanga
Bercucuk tanam
Menangkap ikan dan menternak binatang
Berburu dan memungut hasil hutan
Berdagang secara tukar barang
Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu
Mencipta barang-barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang
6. Kepercayaan Zaman Paleolitik : Animisme
7. Lokasi di Malaysia Zaman Paleolitik :
Gua Cha, Kelantan
Bukit Tengkorak, Sabah
8. Masyarakat Zaman Neolitik di Malaysia menggunakan beliung untuk menggali tanah dan mengetam kayu.
9. Masyarakat Zaman Neolitik di Malaysia menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleparkan dan menghaluskan kulit kayu.

2.3 Zaman Logam
1. Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.
2. Pada zaman itu, manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.
3. Ciri-ciri Penapatan Zaman Logam :
Hidup menetap
Ada yang masih tinggal di dalam gua dan berhampiran sungai
Mempunyai adat resam
4. Kegiatan dan Peralatan Zaman Logam :
Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi
Bercucuk tanam menangkap ikan, berburu, menternak binatang dan menjalankan perdagangan secara tukar barang
5. Kepercayaan Zaman Logam :
Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu
6. Lokasi di Malaysia Zaman Logam :
Sungai Tembeling, Pahang
Gua Harimau, Perak
Changkat Menteri, Perak
7. Antara peralatan logam yang digunakan oleh masyarakat Zaman Logam.
A. Kapak yang dijumpai di Sungai Tembeling, Pahang
B. Tulang mawas yang dijumpai di Raub, Pahang
C. Sabit yang dijumpai di Klang, Selangor
D. Mata Lembing yang dijumpai di Sungai Tembeling, Pahang

Nota Sejarah Tingkatan 1 : Bab 1 Sejarah dan Kita

Bab 1 Sejarah dan Kita

1.1  Pengertian Sejarah
Istilah Sejarah dikatakan berasal daripada Perkataan Arab:
Syajaratun
1. Pokok atau Pohon
2. Salasilah
3. Riwayat
4. Ketuturan
5. Asal Usul

1. Nyatakan maksud Sejarah mengikut tokoh-tokoh berikut :
Ibn Khaldun : Sejarah membiacarakan tentang masyarakat manusia atau peradabab manusia tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
Herodotus : Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukanya.
Muhamad Yusof Ibrahim : Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

2. Antara penulis sejarah awal neagara termasuk :
Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu)
Raja Ali Haji (Tuhfat al-Nafis)
Abdul Hadi Hassan (Sejarah Alam Melayu)

1.2  Ciri-ciri Sejarah
1.Ciri-ciri Sejarah adalah :
Fakta yang tepat dan benar
Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya dipanggil faktor sejarah.
Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah.
Fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kasihannya.
Penting dan Bermakna
Peristiwa sejarah amat penting kerana memberikan kesan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Sebab dan Akibat
Sejarah merupakan dislipin ilmu yang mencari kebenaran peristiwa masa lalu.
Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa dan membuktikan kesahihan fakta, persoalan seperti apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana perlu dijawab.

Fahami istilah-istilah berikut :
Kurun atau Abad : Jangka waktu seratus tahun.
Zaman : Jangka masa tertentu (tidak had masa) yang mempunyai keistimewaan atau pertaliaan masa seperti zaman purba dan zaman batu.
Masihi : Tahun atau kurun yang dihitung sesudah kelahiran Nabi Isa.
Hijrah : Tahun Islam yang bermula dari tarikh Nabi Muhamad SAW berpindah dari Makkah ke Madinah.
Kronologi : Berurutan megikut masa kejadian.
Dekad : Jangka masa sepuluh tahun dasawarsa.

1.3 Sumber Sejarah
Sumber Pertama (Primer)
Sumber belum diolah dan dicetak.
Bersifat asli dan belum ditafsir.
Sebagai contoh, fail rasmi jambatan, surat peribadi, batu bersurat, manuskrip yang belum dicetak dan diari.
Sumber Kedua (Sekunder)
Bahan yang telah diolah, dicetak dan desebarkan kepada umum.
Misalnya buku, akhbar, jurnal, ensiklopedia, risalah dan laporan tahunan jambatan.

1.4 Kaedah Pengkajiaan Sejaeah
Kaedah Lisan
Maklumat yang diperoleh terus daripada responden melalui upacara, penceritaan pengisahan dan perbualan.
Kaedah Bertulis
Maklumat yang diperoleh daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, ganding, logam dan kertas.
Kaedah Arkeologi
Maklumat yang diperoleh daripada bahan tinggalan yang ditemui melalui proses gali cari.

Fahami istilah-istilah berikut :
Fosil : Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujib pada zaman lampau.
Artifak : Barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak, pisau dan pinggan mangkuk.
Manuskrip : Naskhah tulisan tangan atau bahan yang disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan.

1.5 Pentafsiran Sejarah
Menjadikan peristiwa bermakna atau sebaliknya.
Penyedikan membolehkan tafsiran sejarah betul dan tepat.
Tafsiran sejarah berbeza antara sejarawan disebabkan kekurangan fakta dan memahami budaya.

1.6 Kepentingan Sejarah
Tujuan Mempelajari Sejarah
Memperoleh pengetahuan.
Melahirkan perasaan jati diri.
Mengenali tokoh-tokoh sejarah.
Merangka wawasan masa depan.
Membentuk keperibadian bangsa.
Meghargai jasa pemimpin negara.
Faedah Mempelajari Sejarah
Menjadi panduan dan iktibar.
Membetulkan kesilapan yang lalu.
Perangsang untuk mencapai kemajuan negara.
Melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.